Friday, August 1, 2008

My INCREDIBLE Camp experiance

JUMAAT,25 JULY......
saya telah bangun seawal pukul 5 pagi teruja memikirkan tentang perkhemahan yang bakal saya lalui.... setelah selesai bersolat saya bergerak ke store untuk membincangkang rancangan pada hari ini bersama rakan2.setelah tiba kami membahagikan tugas masing2.seperti yang dirancang sebelum ini,rakan2 perempuan akan bergerak dahulu ke tapak perkhemahan kerana para siswa harus menunaikan solat jumaat terlebih dahulu sebelum bertolak.....saya dikehendaki bersama2 azman, omar, pak long dan venom telah mengikuti budak2 perempuan ke tapak perkhemahan kerana ingin mendirikan khemah pusat seawal yang kami mampu.......setelah tiba ke kwsn perkhemahan menggunakan kereta pak long, tanpa membuang masa kami memunggah barang2 dari lori dan memulakan tugas.... semasa menjalankan tugas juga, kami didatangi oleh wan bola dan wan hoki yang membeli buah-buahan untuk santapan kami sepanjang 3 hari perkhemahan kami....setelah selesai mendirikan khemah pusat saya beransur pulang untuk mengemas brg2 untuk dibawa......
pada petang itu setelah tiba ke bukit cherakah menaiki bas,saya melihat khemah2 kecil sudah didirikan dan rakan perempuan sedang sibuk mengupas bawang...saya bersama rakan2 tanpa membuang masa memyambung membuat aktiviti camp craft sehingga waktu malam...selepas menikmati juadah pada waktu malam selepas solat isyak, kami diminta oleh fascilitator untuk bersiap dan bergerak ke surau. setelah tiba kami telah menjalani aktivit ice breaking atau lebih dikenali sebagai suai kenal......di situ saya dapat mengenali dengan lebih mendalam mengenai En. Hisyam, rakan2 lama dan rakan2 baru dari insteadt serta para fasci.....kami kemudiannya telah dibahagi mengikut kumpulan dan group sya telah dinamakan group joma yang diwakili oleh saya, ifa, linda, wan bola, rasminah, dan gabban....

No comments: