Thursday, September 11, 2008

KENYIR 2008:PENGALAMANKU......

DAY1
hari pertama kami bermula apabila kami sekelas diminta supaya di kuarantinkan pada petang jumaat pukul 5.sebelum itu pada sebelah pagi kami telah mengadakan majlis perasmian INCREDIBLE CAMP KENYIR 2008 yang diadakan di fakulti.pukul 5 kami semua diminta berkumpul ,terlewat.... tak dapat pergi... belum bertolak pun masalah pertama melanda. Zul dengan Akmal datang hanya 2 minit sahaja lewat selepas kami berkumpul.mereka berdua bersama2 hidayah yang datang lewat tyerpaksa diasngkan daripada membuat aktiviti pengeluaran barang untuk dimasukkan ke dalam lori pada keesokan harinya...tapi risau bertukar menjadi lega kembali sebab en.hisyam bagi mereka menyertai kami membuat kerja selepas itu.malam tu kami banyak menghafal lagu tema kami dan berehat untuk keesokan harinya.

DAY2
Hari kedua perassan teruja dan tkut menyelubungi diri apabila waktu untuk bertolak pergi ke kem semakin menghampiri.pada awal pagi kami dah mengemaskan diri dan kami telah selesai loadingkan barangan ke dalam lori.tp malangnya nasibku semasa nak bersiap-siap berus gigi dgn ubat gigi bolehnye hilang! memang seminggu tak gosok gigi laaaa alamatnya.tp perjuangan harus diteruskan....apabila bas tiba ,kami memasukkan barangan peribadi kami ke dalam bas dan berkumpul untuk membaca doa supaya perjalanan kami selamat sehingga habis perkhemahan kami...kemudian bermulalah perjalanan kemi.saya telah di tugaskan oleh Azman, pengarah program final kem kami ini sebagai biro penempatan. bila pertama kali mendengar saya mendapat jawatan ini memang saya terkejut, sebab saya ni memang seorang yang tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi.tetapi saya sedar peluang untuk menimba pengalaman tidak akan hadir dihadapan kita saya memberanikan diri untuk menjawat jawatan yang man berikan kepada saya kerana dia sendiri berasa yakin saya dapat melakukannya.thanx azman.apa2pun gembira2 kami semua terhenti seketika apabila kami tiba di pelabuhan di tasik kenyir.keadaan di sana .....ribut petir.hujan lebat mencurahi kawasan tasek kenyir menyambut mesra kadatangan kami .Sebelum 2,ada kejadian yang tidak diingini berlaku.salah seorang rakan kami telah ditangkap menghisap rokok manakala azman dituduh bersubahat.En. hisyam kelihatan begitu berang apabila dia menaiki bas untuk menceritakan kejadian tu kepada kami.en.h9isyam terus berkata apabila tiba nanti mereka yang terlibat akan di hantar pulang.satu tamparan hebat buat peserta2 final camp.keadaan ceria bertukar menjadi senyap seketika mendengar berita itu.bagaikan tidak berakhir di situ,ketibaan kami disambut dengan begitu mesra oleh MOTHER NATURE sendiri.....en.hisyam mengatakan kumpulan kami ada kumpulan yang pertama tidak dapat masuk ke tasek kenyir pada hari pertama.beliau mengatakan kumpulan kami terlalu byk ketidak jujuran oleh kerana itu kami tidak dapat masuk ke dalam tapak perkhemahan.tetapi pada pandangan saya bagus juga tak masuk dulu .kerana di sini kami dapat mempersiapkan diri lagi sebelum kami dapat masuk ke kawasn tapak perkhemahan kami nanti.pada malam itu kami membuat khemah pusat sementara untuk diduduki.kami mengadakan aktiviti management game untuk mengisi masa lapang kami pada malam itu.malangnya ia tidak dapat disempurnakan.pada malam itu terdapat satu kejadian pelik yang menimpa rakan baik saya wan bola.masa tu kami tengah bersembang dalam satu kumpulan di bawah khemah pusat .sedang saya bersembang dengan wan ,saya perasan tiba2 wan senyap buat seketika dan melihat di belakang saya iaitu pokok2 dimana khemah pusat diikat......saya memerhati je dia dekat 30 saat sambil menoleh ke belakang ,kemudian saya memandangnya kembali pastu dia kata "lu apasal", humph dah normal balik dah dia nie....apabila kami balik ke kolej barulah dia menceritakan kejadian itu kepada saya.........heheheheheh. keseronokkan kami tidak terhenti setakat itu......

DAY3
Pukul 3 pagi....sedang budak2 lelaki lepak kat bawah khemah pusat tiba2 kami kena panggil berjumpa dengan en.shawn. assssudah, apa pulak halnya nie...memang fikiran tak fikir bnda lain dah.mesti ada laaa kesalahan yang kitaorang dah buat pastu en. nampak.jumpa2 en. shawn bertanya sapa yang ditangkap menghisap rokok? kemudian wan hoki pun mengaku.tetapi en. shawn berkata ada org memberitahunya yang ada kelihatan beberapa peserta merokok.aduhhhhh,memang perit.kami diminta untuk mengaku sebelum dia menyebut sapa yang dilihat merokok.kami pulang k khemah pusat.azman bercadang untuk mengaku terus kepada en.shawn sapa yang mrokok.

Friday, August 1, 2008

my INCREDIBLE camp experiance part 2

SABTU,26 JULY........

pukul 4 pagi.....dengan tak tidonyeee lagi setelah selesai aktiviti ice breaking, kami telah dibawa oleh En. Shariman ke dalam hutan untuk menjalani aktiviti night walk.....bagaikan satu mimpi ngeri menjadi kenyataan, saya begitu cuaaaaak skali intuk menjalani aktiviti ini tp telah berjaya di kurangkan sedikit demi sedikit dengan bantuan surah AL-FATIHAH.......dah la saya ni orang lastttttt hehehe.ahhhhh bedal jelaaaaa hehehe...nasib baek takda apa2 yang saya tak ingin saya lihat alhamdulillahh.........selepas itu kami semua dibenarkan pulang ke khemah untuk menikmati tido selama 1 jam stengah.....maksimum.....hehehe.selepas bangun,menunaikan solat subuh, bersarapan dan mandi ,kami semua telah dibawa oleh en. dasri bin paddu untuk melakukan aktiviti bersenam . kami telah dibawa bejalan2 sehingga ke tasek bukit cherakah di mana di situ saya menikmati keindahan alam semesta ciptaan ALLAH s.w.t. dan mengambil gambar bersama rakan2.dalam perjalanan pulang ke campsite kami telah ditimpa masalah apabila burn telah semput dan terus rebah.tetapi disebabkan tindakan pantas daripada rakan2 mendapatkan bantuan burn telah dirawat dengan selamat.....selepas itu setelah tiba di campsite,kami dibahagikan mengikut kumpulan dan kumpulan kami joma dan kumpulan fila telah bergabung tenaga membentuk kumpulan kinabalu untuk menjalankan aktiviti bersama-sama....aktiviti pertama yang kami lakukan bersama-sama ialah blind trail.bagi saya inilah aktiviti yang paling menyeronokkan , dan mongotorkan.... hehehehe.di sini saya belajar erti kerjasama antara rakan2 dan pentingnya komunikasi antara satu sama laen ketika mata kami masing2 telah ditutup....kemudian selepas kami melakukannya secara berkumpulan, kena buat sorang2 pulak daaaaaa......tp saya rilekssssss... lelaki kena rilekssss hehehe.saya redah punya redah sampai ada satu kayu tajam hampir membutakan mata saya...selepas tiba saya dibukakan mata saya lihat pakaian saya yang kotor dan rakan2 sedang duduk secara berkumpulan bersama en.hisyam dan para fasci.....kami diminta memberikan pandangan masing2 tentang aktiviti ini dan sememangnya kumpulan kami telah diberi pujian atas kerja kami yang erat sekali....selepas selesai kami pulang untuk membersihkan diri dan bersiap untuk aktiviti seterusnya iaitu aktiviti camp craft.... di sini kami terpaksa dipisahkan dari kumpulan fila untuk melakukan aktiviti survival terlebih dahulu manakala group fila melakukan aktiviti camp craft....dalam aktiviti survival saya belajar tentang cara2 memask ketika dalam keadaan darurat...menghidupkan api, mengumpul bahan untuk dibakar dan tips2 survival dari en. fazrullah.....selepas selesai,kami bertukar tugas dan melakukan aktiviti camp craft pula.di sini kami menyiapkan bahan2 untuk dimasak dan memgemas kini khemah dapur dan khemah pusat.......pada waktu malam kami berkumpul sekali lagi untuk membuat laporan tentang aktiviti kami pada waaktu pagi.group masing2 telah memberikan laporan dan komen masing2 mengenai kumpulan mereka dan apa yang telah mereka lakukan.suasana mengantuk telah bertukar sama skali apabila rakan saya rasminah telah memberi laporan beliau.kami telah dihiburkan dengan gelagat malah nynyianye ketika dipaksa oleh En. Hisym untuk menyanyikan lagu2 negeri kelahirannye........

My INCREDIBLE Camp experiance

JUMAAT,25 JULY......
saya telah bangun seawal pukul 5 pagi teruja memikirkan tentang perkhemahan yang bakal saya lalui.... setelah selesai bersolat saya bergerak ke store untuk membincangkang rancangan pada hari ini bersama rakan2.setelah tiba kami membahagikan tugas masing2.seperti yang dirancang sebelum ini,rakan2 perempuan akan bergerak dahulu ke tapak perkhemahan kerana para siswa harus menunaikan solat jumaat terlebih dahulu sebelum bertolak.....saya dikehendaki bersama2 azman, omar, pak long dan venom telah mengikuti budak2 perempuan ke tapak perkhemahan kerana ingin mendirikan khemah pusat seawal yang kami mampu.......setelah tiba ke kwsn perkhemahan menggunakan kereta pak long, tanpa membuang masa kami memunggah barang2 dari lori dan memulakan tugas.... semasa menjalankan tugas juga, kami didatangi oleh wan bola dan wan hoki yang membeli buah-buahan untuk santapan kami sepanjang 3 hari perkhemahan kami....setelah selesai mendirikan khemah pusat saya beransur pulang untuk mengemas brg2 untuk dibawa......
pada petang itu setelah tiba ke bukit cherakah menaiki bas,saya melihat khemah2 kecil sudah didirikan dan rakan perempuan sedang sibuk mengupas bawang...saya bersama rakan2 tanpa membuang masa memyambung membuat aktiviti camp craft sehingga waktu malam...selepas menikmati juadah pada waktu malam selepas solat isyak, kami diminta oleh fascilitator untuk bersiap dan bergerak ke surau. setelah tiba kami telah menjalani aktivit ice breaking atau lebih dikenali sebagai suai kenal......di situ saya dapat mengenali dengan lebih mendalam mengenai En. Hisyam, rakan2 lama dan rakan2 baru dari insteadt serta para fasci.....kami kemudiannya telah dibahagi mengikut kumpulan dan group sya telah dinamakan group joma yang diwakili oleh saya, ifa, linda, wan bola, rasminah, dan gabban....

Monday, July 28, 2008

FIRST DAY AT THE INCREDIBLE CAMP


Ini lah hari pertama kami setelah tiba di kawasan perkhemahan. Saya bersama rakan2 lelaki pada ketika ini pulang sebentar ke uitm pada pukul 2 setelah membantu memunggah barangan dan mendirikan khemah pusat pada pagi itu. Gambar menunjukkan rakan2 perempuan sedang menyediakan bahan2 untuk dimasak sementara menunggu rakan2 lelaki tiba ke campsite.....

Saturday, July 12, 2008

AL-kisahhhh.........

Al-kisahhhhh....... al-kisah maka tersebut la kisahhh..... sang kancil beramai-ramai pergi menghadap sultan firaun......HEHEHE. Gurau je......

Assalamualaikum, selamat datang ke blog saya, MD. NASRIQ B. MD. MUZAYIN........